Friday, February 15, 2008

KEPENTINGAN BERSUKAN

Sukan sudah menjadi satu gerakan sosiobudaya yang agak penting di setiap negara moden hari ini.Sukan termasuklah olahraga dan permainan.Sukan dapat membina kesihatan tubuh badan dan mental seseorang.Sukan juga dapat memupuk semangat kesukunan.Selain itu, sukan dapat mengharumkan nama ahli sukan dan negaranya.Dasar Sukan Negara yang digubal jelas menunjukkan kepentingan bidang sukan kepada negara.
Memeng tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas.Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetis, bak kata pepatah "otak yang cergas terletak pada badan yang sihat". Dengan badan sihat,kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pekerjaan dan pelajaran.Lantas,kemajuan dan kejayaan sesebuah negara dapat dicapai.